Lovable Umum Integrasi Twitch – Memudahkan Pelbagai Penyesuaian Dilakukan Untuk Saluran Twitch

TechnologyGaming
18 Mar 2026 • 3:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lovable sedia dikenali ramai dengan penawaran perkhidmatan sempoicara, dimana pengguna hanya perlu memberikan arahan dalam bentuk teks, dan seterusnya sistem Lovable akan membuat pembangunan aplikasi atau web. Terbaru, selain sokongan pengaturcaraan biasa, Lovable turut mengumumkan integrasi Twitch melalui Twitch API.

image is not available

Dengan penawaran ini, pengguna boleh membangunkan aplikasi yang memaparkan lapisan atas penstriman dengan paparan data seperti perbualan terkini, angka pengikut, dan sebagainya. Selain itu, ia turut boleh digunakan dalam menghimpunkan sejumlah klip, mendapatkan informasi saluran Twitch, memantau penyampaian setiap saluran berbeza, dan sebagainya.

Pengenalan ini juga dijangka membawa kepada pelbagai percubaan kreatif oleh pemilik saluran Twitch, sekaligus menjadikan penstriman mereka lebih unik berbanding yang lain.

Bagi anda yang menggunakan Lovable, boleh mencuba ciri ini, termasuk membangunkan aplikasi yang dikhususkan untuk Twitch.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved