OpenAI Sedang Bangunkan Penawaran Alternatif Kepada GitHub Untuk Pengehosan Kod

TechnologyStartup
4 Mar 2026 • 11:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nampaknya persaingan antara OpenAI dan Microsoft terus bertambah. Terbaru, ia dilaporkan OpenAI sedang membangunkan sebuah platform untuk pengehosan kod pengaturcaraan, sekaligus bersaing dengan penawaran GitHub yang dimiliki oleh Microsoft. Ini sekaligus mungkin dioptimasikan untuk pembangunan era sempoicara masa kini.

OpenAI dikatakan masih pada peringkat awal pembangunan projek ini. Salah satu sebab ia dibangunkan dikatakan adalah disebabkan oleh masalah untuk mengakses GitHub yang dihadapi baru-baru ini, membuatkan mereka membangunkan penawaran sendiri.

Buat masa ini, pihak OpenAI tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan hal ini. Sekiranya ia dilancarkan kelak, kita mungkin melihat OpenAI terus bersaing dengan pelbagai penawaran yang disediakan Microsoft – walaupun Microsoft mempunyai pelaburan pada OpenAI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved