Love bite di leher, boleh sebabkan strok?

Health & Fitness
15 Nov 2026 • 8:00 AM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Love bite di leher, boleh sebabkan strok?
Gambar: Public Health M'sia

JANGAN SEWENANG-WENANGNYA MEMBUAT LOVE BITE DI LEHER. ADA KES STROK PERNAH DILAPORKAN!

Mungkin ada yang menganggap kesan gigitan atau sedutan pada leher sebagai perkara biasa dalam hubungan intim.

Tetapi tahukah anda, perbuatan ini pernah dikaitkan dengan kejadian strok?

.

KES SEBENAR DALAM JURNAL PERUBATAN

Pada tahun 2010, seorang wanita berusia 44 tahun di New Zealand mengalami kelemahan pada lengan kiri.

Doktor menemui kesan love bite pada lehernya. Pemeriksaan mendapati terdapat darah beku dalam arteri karotid sehingga menyebabkan penyempitan salur darah sekitar 65 hingga 70 peratus.

Pada tahun 2014, satu lagi kes melibatkan wanita berusia 35 tahun yang mengalami strok hanya 12 jam selepas menerima love bite pada leher.

.’

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU?

Di kiri dan kanan leher terdapat arteri karotid, iaitu salur darah utama yang membekalkan darah ke otak.

Sedutan atau tekanan yang kuat berpotensi mencederakan lapisan dalam arteri.

Darah beku boleh terbentuk dan bergerak ke otak, lalu menyumbat aliran darah dan menyebabkan strok iskemia.

Walaupun komplikasi ini amat jarang berlaku, ia pernah direkodkan dalam laporan kes perubatan.

.

Jangan sengaja menghasilkan lebam pada leher melalui sedutan atau gigitan kuat.

Leher bukan sekadar kawasan kulit dan otot. Di dalamnya terdapat salur darah, saraf dan struktur penting yang perlu dilindungi.

Jika selepas kecederaan pada leher seseorang mengalami muka senget, kelemahan anggota badan atau percakapan pelo, segera hubungi 999.

Rujukan:

1. Wu TY et al. New Zealand Medical Journal. 2010.

2. Olsen S et al. Ugeskrift for Laeger. 2014.

Public Health Malaysia


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved