Love Scam: Maksud, Ciri-Ciri & Cara Elak Jadi Mangsa

LocalPersonal Finance
16 Feb 2026 • 10:47 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Orang ramai adalah diingatkan untuk berwaspada dan berhati-hati untuk menjadi mangsa kepada satu penipuan yang popular pada masa kini iaitu Love scam dan pastikan semak akaun menerusi https://semakmule.rmp.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai penipuan ini.

Maksud Love Scam

“Love scam” adalah merupakan salah satu modus operandi sindiket penipuan, di mana penipu menggunakan identiti palsu untuk mendapatkan kepercayaan dan kasih sayang mangsa sebelum meminta wang.

Penipu biasanya menyamar sebagai individu yang menarik, berjaya dan penyayang — tetapi niat sebenar mereka adalah untuk mendapatkan keuntungan kewangan.

Selain itu, penipu akan mengelak pertemuan fizikal atau panggilan video serta sering mendakwa bekerja di luar negara, dan akhirnya meminta wang dengan alasan kecemasan, hadiah yang tersekat di kastam atau untuk projek perniagaan.

image is not available

Ciri-Ciri Love Scam

Antara ciri-ciri penipuan ini adalah seperti berikut:

  • Cepat menyatakan cinta
  • Mengelak pertemuan
  • Meminta wang
  • Meminta merahsiakan hubungan
  • Cerita yang dramatik

Statistik Love Scam

Berdasarkan analisis perbandingan statistik terkini, sebanyak 100 kes penipuan love scam telah dilaporkan pada Januari 2026, berbanding 95 kes pada Januari 2025.

Jumlah kerugian yang direkodkan pada Januari 2026 adalah sebanyak RM3.5 juta, menunjukkan penurunan sebanyak 27% berbanding jumlah kerugian RM4.9 juta pada Januari 2025.

Mangsa kepada penipuan ini kebanyakannya adalah:

  • Lelaki : 40%
  • Umur 30-50 : 72%
  • Wanita : 60%
image is not available

Contoh Situasi Love Scam

Nina, 41 tahun, berkenalan dengan seorang lelaki di Facebook yang mendakwa dirinya jurutera asing yang bekerja di luar negara. Lelaki itu bersikap romantik dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya. Selepas beberapa minggu berbual, lelaki itu berkata dia mahu menghantar hadiah berupa wang tunai dan barang kemas. Tidak lama kemudian, Nina menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku pegawai kastam dan meminta bayaran RM3,000 untuk “cukai pelepasan bungkusan”. Kerana percaya dan sayang, Nina membuat bayaran. Beberapa hari selepas itu, lelaki itu hilang tanpa khabar. Tiada bungkusan, tiada hadiah dan wang Nina turut lesap.

Kesilapan yang dilakukan oleh Nina:

  1. Nina mempercayai seseorang yang belum pernah ditemui secara bersemuka.
  2. Beliau tidak menyemak kesahihan identiti “pegawai kastam”.
  3. Beliau membuat keputusan berdasarkan emosi tanpa merujuk keluarga atau rakan.

Cara Elak Menjadi Mangsa

Untuk mengelak menjadi mangsa penipuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Jangan mudah percaya
  2. Jangan menghantar wang
  3. Jangan kongsi maklumat peribadi
  4. Jangan terpedaya dengan janji hadiah
  5. Dapatkan pandangan orang terdekat
  6. Laporkan jenayah hubungi Pusat Tindakan Panggilan Kecemasan (NSRC) di talian 997.
  7. Buat laporan polis di balai polis terdekat.

Soalan Lazim

Apakah maksud Love Scam?

Ia merupakan salah satu modus operandi sindiket penipuan denganpenipu menggunakan identiti palsu untuk mendapatkan kepercayaan dan kasih sayang mangsa sebelum meminta wang seseorang.

Siapakah mereka yang mudah menjadi mangsa penipuan ini?

Meraka yang lazimnya menjadi mangsa adalah individu yang tamak dan individu yang kesunyian.

Apakah ciri-ciri penipuan ini?

Antara ciri-ciri penipuan ini adalah:
– Cepat menyatakan cinta
– Mengelak pertemuan
– Meminta wang
– Meminta merahsiakan hubungan
– Cerita yang dramatik

Jika saya menjadi mangsa penipuan ini, apakah yang saya perlu lakukan?

Sila hubungi Pusat Tindakan Panggilan Kecemasan (NSRC) di talian 997 dan buat laporan di balai polis yang berhampiran.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai penipuan Love scam ini, sila hubungi NSRC di talian 997 atau layari FB Jabatan Siasatan Jenayah Komersil – JSJK PDRM

Baca juga: Check Scammer Online Di Malaysia (SemakMule PDRM)