LPI Capital Berhad dijangka kekal berdaya tahan kukuhkan bahagian pasaran disokong institusi kewangan, ekuiti jenama

Business & Finance
25 Oct 2023 • 11:01 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

LPI Capital Berhad dijangka kekal berdaya tahan kukuhkan bahagian pasaran disokong institusi kewangan, ekuiti jenama

diyana

25/10/2023 - 11:01

KUALA LUMPUR 25 Okt - LPI Capital Berhad dijangka kekal berdaya tahan mengukuhkan bahagian pasarannya, disokong oleh institusi kewangan terkemuka dan ekuiti jenama, kata Kenanga Research.

Firma penyelidikan itu berkata walaupun landskap kompetitif untuk insurans kelas kebakaran terlihat semakin meluas susulan penurunan tarif baru-baru ini, LPI Capital kekal berjaya dalam mengekalkan pertumbuhan setiap suku tahun, mungkin disokong oleh syarikat bersekutunya.

Kumpulan yang memiliki anak syarikat insurans, Lonpac Insurance Bhd, itu juga boleh terus memanfaatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih luas untuk mendorong lebih banyak projek ke dalam pelbagai segmennya, tambahnya.

“Sebaliknya, nisbah tuntutan boleh menyaksikan sedikit penurunan daripada normalisasi keseluruhan aktiviti tetapi premium insurans semula mungkin terus meningkat apabila kejadian banjir meningkat lebih kerap, mendorong penilaian semula berterusan perlindungan insurans semulanya,” ulasnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Kenanga Research berkata demikian susulan prestasi sembilan bulan pertama tahun kewangan 2023 (9MFY23) yang memenuhi jangkaan firma tersebut berikutan sokongan daripada pelaburan walaupun tekanan insurans semula semakin meningkat.

Menurut firma itu, keuntungan bersih kumpulan pada 9MFY23 berjumlah RM235.1 juta merangkumi unjuran tahun penuhnya pada 78% namun melebihi anggaran tahun penuh konsensus sebanyak 81%.

“Berkuat kuasa 1 Januar 2023, kumpulan itu menggunakan piawaian MFRS 17-Kontrak Insurans baharu untuk menggantikan MFRS 4, yang mengagihkan pengiktirafan pendapatan kontrak insurans dan insurans semula secara seragam tetapi turut menukar pembentangan perakaunan, seperti penyingkiran ‘premium perolehan bersih’ untuk ‘hasil perkhidmatan insurans’.

“Membandingkan piawaian ini, kami mendapati bahawa keuntungan bersih 3QFY22 yang dinyatakan semula dan pulangan ekuiti (ROE) telah meningkat masing-masing sebanyak 6% dan 0.1 mata peratusan,” katanya.

Oleh itu, Kenanga Research menyemak semula unjuran pendapatan FY23-24 kurang daripada 1% selepas menggabungkan data tambahan pada input model.

“Pendapatan FY23-24 diperhalusi selepas kami memperhalusi input model kami untuk mencerminkan keperluan MFRS 17 baharu bersama keputusan 3QFY23 yang dilaporkan,” katanya sambil mengekalkan saranan ‘outperform’ dengan harga sasaran (TP) RM14.70 sesaham.

Pada pukul 10:59 pagi ini, saham LPI Capital menokok 6 sen atau 0.5% kepada RM12.06 dengan permodalan pasaran berjumlah RM4.8 bilion. - DagangNews.com