LPPSA Perhebatkan Hebahan Skim Pembiayaan Perumahan Muda bagi Penjawat Awam 30 Tahun Kebawah

27 Aug 2025 • 5:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memperhebatkan usaha hebahan Skim Pembiayaan Perumahan Muda (SPPM) bagi membantu penjawat awam muda memiliki kediaman pertama mereka dengan lebih berdaya maju dan berpatutan.

Skim ini terbuka kepada penjawat awam berumur 30 tahun dan ke bawah, dengan kelayakan pembiayaan sehingga RM750,000 serta tempoh pembayaran balik sehingga 40 tahun atau sehingga umur 90 tahun. Pelaksanaan rasmi skim ini bermula 1 April 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, En. Mohd Farid Dato’ Haji Nawawi, menekankan bahawa fasa hebahan semula ini penting untuk memastikan golongan sasaran benar-benar cakna tentang peluang yang ditawarkan.

“SPPM telah diumumkan dalam Belanjawan 2025, namun ramai penjawat awam muda masih belum sedar bahawa mereka berpeluang mendapatkan pembiayaan lebih panjang dan fleksibel bagi memiliki rumah pertama. LPPSA mahu memastikan maklumat ini sampai kepada semua yang layak, khususnya generasi muda sektor awam,” jelas beliau.

Usaha hebahan ini akan diperluas melalui platform digital, media sosial, sesi townhall, kolaborasi dengan agensi kerajaan, serta media arus perdana, bagi memastikan maklumat SPPM dapat diakses oleh seramai mungkin penjawat awam muda di seluruh negara.

Permohonan dan Tarikh Berkuat Kuasa

SPPM telah mula dilaksanakan pada 1 April 2025. Penjawat awam yang berminat boleh membuat permohonan melalui portal rasmi LPPSA di https://www.lppsa.gov.my/v3/my/ serta saluran digital sedia ada.

Dengan inisiatif ini, LPPSA yakin skim SPPM akan memperkukuh agenda pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam muda, sekali gus menyokong usaha kerajaan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved