LPT 2: Dua Beranak Maut Sebab Lori Tayar Pecah

2 Jul 2025 • 12:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dua beranak maut manakala seorang parah apabila lori yang mereka naiki terbabas selepas tayar belakang pecah di Kilometer (km) 362.9 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), Dungun, Terengganu, semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Isnaini Mohd, 42, dan anaknya, Muhammad Al Amin Khairul Syahmi, 5, dari Kampung Teluk Pasu, Manir, Kuala Terengganu manakala pemandu lori yang juga suami Isnaini, Khairul Syahmi Mat Hassan, 49, parah.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizurah Abdul Kadir berkata kejadian di laluan susur keluar Plaza Tol Bukit Besi, kira-kira jam 4 petang ketika lori berkenaan dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu selepas mengambil peralatan pendawaian elektrik di Kuantan.

image is not available

Katanya, Khairul Syahmi dipercayai gagal mengawal lori tiga tan dipandunya selepas tayar belakang kenderaan itu pecah secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan pulang ke Manir.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan Khairul Syahmi gagal mengawal kenderaan dipandunya susulan tayar belakang lori berkenaan pecah.

"Kemalangan itu menyebabkan Khairul Syahmi, Isnaini dan Muhammad Al Amin tercampak keluar daripada lori," katanya ketika mengesahkan kejadian itu.