LRA Kogopon Fasa 2 perlu beroperasi lebih awal

7 May 2024 • 3:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

PAPAR: Projek naik taraf kawasan Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon Fasa Dua perlu beroperasi lebih awal untuk mengatasi masalah air yang semakin membimbangkan di kawasan Papar dan sekitarnya, kata Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali.

Sehubungan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata terdapat beberapa perkara yang diutamakan untuk memastikan LRA berkenaan dapat disiapkan dan beroperasi lebih awal sebelum tempoh dijadual siap pada Ogos 2026.

Sehubungan itu, beliau berkata Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diarah untuk memastikan komponen muka sauk dan loji penapis dapat disiapkan terlebih dahulu, dan kedua-dua komponen itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun.

“Kos pembinaan LRA itu melibatkan peruntukan kira-kira RM365 juta bagi meningkatkan kapasiti rawatan air daripada 40 juta liter sehari (JLH) kepada 80 JHL.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Tambahan 40 JLH itu akan menjadikan keseluruhan bekalan air yang boleh dikeluarkan adalah 103 JLH berbanding kini iaitu 63 JLH yang dikeluarkan kesemua LRA di kawasan Papar,” katanya kepada pemberita selepas melawat LRA berkenaan di sini, Isnin.

Armizan berkata bekalan air bersih daripada LRA itu bukan sahaja mampu membekalkan air kepada penduduk sekitar Papar tetapi juga sehingga ke kawasan Ulu Kimanis, Selatan Putatan dan sebahagian Kem Lok Kawi.

Sementara itu, beliau berkata projek pembinaan muka sauk kedua bagi menyokong LRA Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) di Kampung Limbahau dilaksanakan dalam masa terdekat, dengan reka bentuk projek berkenaan dijangka siap mninggu ini setelah beberapa siri perbincangan pihak terlibat.

“Selepas itu JANS akan mengangkat kertas pertimbangan ke Jemaah Menteri Sabah untuk memohon peruntukan sebenar sebelum proses perolehan dilaksanakan.

Saya merayu kepada kerajaan negeri dan JANS dapat memastikan proses selesai dalam tempoh satu bulan ini,” tambahnya.

Armizan berkata untuk penyelasaian jangka panjang, kerajaan negeri perlu serius untuk membina sebuah empangan yang sebelum ini telah dikenal pasti di kawasan Papar, kerana walaupun kerajaan negeri silih berganti projek itu masih tidak dapat dilaksanakan.

“Isu ini sudah lama disebabkan banyak kekangan termasuk campur tangan pihak luar yang menghasut penduduk agar menolak pembangunan berkenaan. Kalau empangan ini tidak dilaksanakan maka, isu air tidak akan dapat diselesaikan.

“Ini kerana semakin hari, semakin banyak pembangunan seperti perumahan yang sudah semestinya memerlukan sumber air. Oleh itu, saya berharap kerajaan negeri bertegas mengenai perkara ini...ketepikan politik mari kita sama-sama menyokong usaha ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.