
Dalam sebuah kajian yang dilakukan, hampir 60% rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pengangkutan awam setiap hari.
Antara yang menjadi pilihan penduduk di Lembah Klang ialah Transit Aliran Ringan (LRT) yang menghubungkan bandar-bandar sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Pun begitu, sejak kebelakangan ini terdapat banyak permasalahan yang berlaku di LRT dan ianya telah mengganggu perjalanan pengguna pengangkutan awam tersebut.

Menurut laporan Astro AWANI, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan perkhidmatan LRT masih belum stabil sepenuhnya berikutan terdapat beberapa isu teknikal yang harus diberi perhatian.
“Pada waktu ini, perkhidmatan masih belum stabil. Saya mohon maaf kepada penumpang. Dalam beberapa bulan akan datang, memang akan ada perkhidmatan tergendala dari semasa ke semasa.
Pihak Prasarana sudah diminta untuk pandang serius isu ini, wujudkan pelan sokongan untuk memastikan kita dapat meminimumkan kesan kepada pengguna.” katanya.
Anthony Loke dalam sidang medianya berharap, menjelang Jun 2023, perkhidmatan tersebut akan lebih stabil selain tiada lagi isu perkhidmatan tergendala.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


