LRT3 Bakal Beroperasi Sebelum Jun Ini

23 Feb 2026 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

                                                                          Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. - Foto fail BERNAMA

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan bahawa Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka beroperasi sebelum Jun ini, lapor akhbar Berita Harian.

Menurutnya, setakat ini dua kumpulan tren melibatkan 14 daripada 22 tren telah selesai menjalani ujian larian tanpa gagal (FFR) manakala satu lagi kumpulan merangkumi lapan tren masih dalam proses menjalani ujian berkenaan selama 22 hari.

"Setakat semalam masih terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan dan selepas ujian FFR ini dijalankan terhadap semua tren ini, maka proses seterusnya ialah ujian dan pentauliahan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

"Semuanya dijangka disiapkan dalam masa satu hingga dua bulan akan datang. Jadi jadual baharu yang diletakkan sebagai sasaran ialah pada Mac tahun ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Mohd Hasbie Muda mengenai jaminan tarikh baharu projek itu dapat disiapkan selepas beberapa kali mengalami penangguhan.