LRT3 Laluan Shah Alam Akhirnya Mula Beroperasi! Ramai Penumpang Luah Rasa Teruja [Video]

29 Jun 2026 • 2:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Penantian penduduk Lembah Klang khususnya Klang dan Shah Alam kini sudah berakhir apabila Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer (km) secara rasminya sudah mula beroperasi hari ini (29 Jun).

Ia terdiri daripada 20 stesen LRT yang bermula dari Stesen Bandar Utama dan berakhir di Stesen Johan Setia.

Menurut Ketua Operasi (Ketua Laluan Shah Alam), Mohd Ariffin Idris, pembukaan Laluan Shah Alam ini memanfaatkan seramai dua juta penduduk sekitar jajaran itu.

Ini Reviu Penumpang Selepas Menaiki LRT3 Pada Hari Pertama Operasi

Apabila sudah mula beroperasi, sudah pasti kita mahu dengar reviu dari penumpang-penumpang sendiri kan? Menerusi semakan kami, orang ramai sudah pun memberikan pandangan dan review masing-masing di platform media sosial terutamanya di laman Threads.

Ramai dilihat meluahkan rasa lega dan teruja kerana kini mereka mempunyai pilihan mod pengangkutan yang lebih mudah serta efisien untuk pergi ke tempat kerja.

Malah ada yang berkata perkhidmatan LRT3 ini menjimatkan tenaga yang mana penumpang tidak perlu lagi memandu ke lokasi destinasi.

“Repeat? Sudah semestinya! Jimat tenaga tak menghadap trafik. Saya boleh lelap kejap atau baca buku daripada perlu memandu ke Glenmarie untuk naik laluan Kelana Jaya. Alhamdulillah terima kasih Rapid KL,” kata seorang wanita.

View on Threads
View on Threads

Seorang wanita di Shah Alam pula berkongsi dia sebelum ini mengambil masa 1 jam 40 minit untuk tiba ke pejabat. Namun dengan tren LRT3, dia sampai ke tempat kerja kurang dari satu jam sahaja.

View on Threads

Kawasan Parkir Hampir Penuh Seawal Jam 6.15 Pagi, Mungkin Ramai Teruja Tambang Percuma

Seorang penumpang pula berkongsi keadaan parkir kenderaan di Stesen Pasar Klang yang hampir penuh seawal jam 6.15 pagi, menunjukkan jumlah penumpang LRT3 yang ramai pada hari pertama beroperasi.

Trafik penumpang yang tinggi ini berkemungkinan disebabkan keterujaan ramai menggunakan tren baharu dan tawaran tambang perjalanan LRT3 secara percuma selama sebulan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam (28 Jun).

Untuk info, penumpang yang menaiki LRT3 dan bas perantara sepanjang Laluan Shah Alam itu akan diberikan tambang percuma sempena pelancarannya bermula hari ini hingga 31 Julai nanti.

View on Threads

Kekerapan Tren Ambil Masa 8 Minit, Mungkin Boleh Awalkan – Penumpang

Menurut seorang lelaki, dia berpuas hati dengan fasiliti yang disediakan termasuklah tren yang sejuk. Namun jelasnya, kekerapa tren (intervals) mengambil masa 8 minit.

“Hari pertama naik LRT3! So far best dan sejuk cuma 8 minit waktu kekerapan. Mungkin boleh cepatkan sikit kekerapan tu?” katanya.

View on Threads

Interior LRT3 Warna Ungu-Pink Curi Perhatian

Ramai juga terpegun melihat bahagian dalaman yang menggunakan palet warna pastel ungu-pink. Comel!

Agak berbeza dengan koc tren Laluan Kelana Jaya yang menggunakan kerusi berwarna merah dan biru.

View on Threads
View on Threads

Ramai Didakwa Hadapi Masalah Di Pintu Masuk Stesen Bandar Utama

Meskipun banyak maklum balas yang baik dari orang ramai, ada juga yang berkongsi pengalaman buruk mereka ketika mahu menggunakan perkhidmatan tren ini pada hari pertama.

Dakwa seorang wanita, ramai penumpang menghadapi masalah pada pintu masuk Stesen Bandar Utama. Dakwanya lagi, tiada staf Rapid KL bertugas yang membantu melancarkan kesesakan pada waktu itu.

View on Threads

Stesen LRT Laluan Shah Alam Berkonsepkan Tanjak Melayu

Untuk info, Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan bahawa kapasiti projek LRT3 mampu menampung anggaran 223,560 penumpang dalam masa sehari.

Reka bentuk stesen pula berkonsepkan tanjak Melayu iaitu simbol warisan dan kemegahan budaya Malaysia. Jumlah gerabak bagi setiap tren adalah tiga manakala jumlah kapasiti penumpang dalam satu masa adalah 624 bagi setiap kereta api.

Senarai LRT3 Laluan Shah Alam

Berikut adalah laluan bagi LRT3 Laluan Shah Alam:

  • Bandar Utama
  • Kayu Ara
  • BU (Bandar Utama) 11
  • Damansara Idaman
  • Subang
  • Glenmarie 2
  • Kerjaya
  • Stadium Shah Alam
  • Dato Menteri
  • UiTM Shah Alam
  • Seksyen 7 Shah Alam
  • Bandar Baru Klang
  • Pasar Klang
  • Jalan Meru
  • Jambatan Kota
  • Taman Selatan
  • Seri Andalas
  • Klang Jaya
  • Bandar Bukit Tinggi
  • Johan Setia
Image from: LRT3 Laluan Shah Alam Akhirnya Mula Beroperasi! Ramai Penumpang Luah Rasa Teruja [Video]

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, kerajaan mempunyai perancangan untuk melaksanakan Fasa Kedua bagi projek LRT3 ini sekiranya permintaan perkhidmatan terus meningkat.

Baca Artikel Berkaitan: Tiba-tiba Ada Tiang Lampu Halang, Pengguna Kongsi Risiko Berjalan Kaki Ke Stesen LRT3 Kayu Ara Yang Akan Dibuka [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved