LTdL 2026: Ren Bao, Ren Han teruskan legasi keluarga

27 Sep 2026 • 1:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: LTdL 2026: Ren Bao, Ren Han teruskan legasi keluarga

SHAH ALAM – Siapa sangka selepas lebih dua dekad menamatkan kayuhan terakhirnya di Le Tour de Langkawi (LTdL) bekas pelumba negara, Tsen Seong Hoong kini menyaksikan dua anak lelakinya serentak turun ke perlumbaan berprestij itu.

Walaupun terpaksa berentap sesama sendiri di bawah pasukan berbeza, Seong Hoong meletakkan harapan tinggi agar dua anaknya, Tsen Ren Bao dan Tsen Ren Han mampu melakar kejutan memburu Pelumba Terbaik Asia pada edisi ke-30 ini.

Kemunculan dua beradik itu mencuri tumpuan LTdL 2026 apabila Ren Bao membuat m penampilan ketiga berturut-turut, manakala Ren Han pula melakukan penampilan sulung di pentas kejohanan bertaraf ProSeries (2.Pro) ini.

Ren Bao mewakili pasukan benua dari Australia, St George Continental Cycling Team, manakala Ren Han pula menggalas cabaran skuad kebangsaan Malaysia.

Menurut Seong Hoong yang pernah beraksi sebanyak lapan kali di LTdL dari 1996 hingga 2003, kedua-dua anaknya memiliki kelebihan tersendiri sebagai pakar pendakian untuk mencabar pelumba terbaik benua.

“Saya sangat bangga dengan mereka. Ren Bao sudah masuk edisi ketiga dan Ren Han
pula baru pertama kali beraksi. Saya harap kedua-duanya dapat bergabung di peringkat pendakian nanti dan sekurang-kurangnya menyasarkan kategori Asia (Jersi Putih).

“Terutama sekali saingan di peringkat Asia, itu sasaran yang saya harapkan. Apapun, pasukan mereka ada strategi masing di LTdL,” katanya ketika ditemui media sebelum perlumbaan bermula.

Mengulas mengenai peranan dan percaturan taktikal, pemenang pingat emas Sukan SEA 1995 itu mengakui ada menurunkan beberapa petua penting, namun sedar strategi perlumbaan tetap tertakluk kepada pasukan masing-masing.

“Saya ada berkongsi sedikit pengalaman, tetapi selebihnya terpulang kepada
strategi pasukan.

“Paling penting, apabila tiba zon pendakian, mereka mesti berada di kedudukan hadapan yang selamat, jangan terlalu jauh di belakang atau tersepit.

“Jika pasukan bantu bawa mereka ke depan, mereka berpeluang bersaing rapat dengan pelumba-pelumba utama,” jelasnya.

Seong Hoong turut mengingatkan kedua-dua anaknya agar bijak mengadaptasi faktor
cuaca panas di tanah air serta menitikberatkan aspek pemulihan tenaga dan pemakanan agar kekal bertenaga sehingga ke peringkat bukit yang menentukan. -KOSMO! ONLINE

 

The post LTdL 2026: Ren Bao, Ren Han teruskan legasi keluarga appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved