Luah Servis Layanan Pelanggan Teruk, Pantai Di Lundu Ini Menerima Kecaman Hebat Dari Netizen

2 Aug 2022 • 2:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Alahai, sampai macam tu sekali layan pelanggan

Luah Servis Layanan Pelanggan Teruk, Pantai Di Lundu Ini Menerima Kecaman Hebat Dari Netizen. Terdapat individu meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan layanan yang agak teruk di salah sebuah pantai di Lundu ini.

Seperti yang kita sedia maklum, Lundu merupakan tempat yang terkenal dengan pantai yang indah dan tempat pelancongan. Di Lundu juga anda boleh menikmati penginapan di pelbagai tempat di sini. Ia menjadi buah mulut bagi penduduk di Sarawak yang ingin mencari lokasi bersantai dan beriadah di tepi pantai.

image is not available
Luah Servis Layanan Pelanggan Teruk, Pantai Di Lundu Ini Menerima Kecaman Hebat Dari Netizen

Individu yang mengendalikan perkhidmatan layanan pelanggan melalui whatsapp ini berbunyi sinis.

Namun, telah tular satu perkongsian di Facebook ini, di mana individu ini, Hc Harris telah berkongsi di laman Facebook miliknya. Harris menceritakan bagaimana layanan servis di salah sebuah pantai di Lundu ini agak teruk.

image is not available
Luah Servis Layanan Pelanggan Teruk, Pantai Di Lundu Ini Menerima Kecaman Hebat Dari Netizen. Sumber gambar: FB Hc Harris

Difahamkan melalui tangkapan layar sebuah pesanan melalui whatsapp yang dikongsi Hc Harris, individu yang mengendalikan perkhidmatan layanan pelanggan melalui whatsapp ini berbunyi sinis terhadap pelanggannya dengan mengatakan

Saya tak perlu dikesiankan, yang kesiannya orang yang nak ‘survey’ harga Pantai T*****g, “

Jelas Harris kepada individu tersebut, mereka yang ‘survey’ ini atas sebab hendak mengatur perbelanjaan untuk menginap di pantai tersebut.

image is not available
Luah Servis Layanan Pelanggan Teruk, Pantai Di Lundu Ini Menerima Kecaman Hebat Dari Netizen

Terkesan dengan layanan dan kata-kata individu ini dia terus menasihati individu tersebut untuk tidak melayan pelanggan sebegitu. Tambah dia juga

Sayang tempat dah cantik, tapi management treat customer macam ni, “

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalamannya dengan servis yang diberikan kepada mereka juga teruk. Ada juga yang mengatakan bahawa layanan mereka memang teruk dari dulu dan pernah tular. Hmm.. takda tindakan dari orang atasan ke macam mana eh?

Lihat komen di bawah:

image is not available
Sumber gambar: FB Hc Harris

Ingatkan kitaorang sekeluarga je kena layan macam ni, rupanya ada jugak orang lain bunyi”

“Mereka ni memang deal buruk.. saya nak booked tempat tak kena layan.. bukan survey.. booked. Lepas tu ada geng bikers kitaorang dah deal tempat tu.. dah tetap tarikh.. last minute kena cancel sebab tempat tu tutup..”

image is not available
Sumber gambar: FB Hc Harris

Pernah whatsapp diorang.. mintak diorang reply..”kalau nak tanya.. whatsapp hari lain” sebab diorang tengah offday. Macam tu je diorang reply.. tula kali pertama dan terakhir saya chat diorang”

“Lain kali bagitahu kat diorang buat whatsapp business, bagi nota sekali biar orang tau.”

Sedih betul bila pelanggan dilayan macam tu image is not available Sebelum ni pun pernah tular isu fasiliti hotel di Kuching ini agak teruk. Baca di bawah: