‘Belum Pernah Lagi Orang Makan Kuda Laut’, Reaksi Lelaki Ini Buat Netizen Geli Hati

1 Aug 2022 • 6:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Jauh betul beza kuda laut dengan ambal” – netizen

‘Belum Pernah Lagi Orang Makan Kuda Laut’, Reaksi Lelaki Ini Buat Netizen Geli Hati. Ambal atau Siput Buluh merupakan sejenis hidupan laut bercengkerang yang boleh dimakan. Hidupan laut ini boleh didapati di kawasan pantai yang berlumpur di Malaysia terutatamanya di Trengganu, Selangor, Sabah dan juga di Sarawak.

Pernah makan? Sedap wooo. Kalau ambal masak kari atau kicap dimakan dengan nasi panas-panas memang dapat jadi comfort food ni image is not available

image is not available
‘Belum Pernah Lagi Orang Makan Kuda Laut’, Reaksi Lelaki Ini Buat Netizen Geli Hati. Gambar sekadar hiasan: kakmim.com

Orang semenanjung tak faham bahasa Sarawak pun boleh faham apa yang dia cakap

Perkongsian video milik @rain_angel9kuching tular di laman Tiktok menunjukkan reaksi dirinya apabila terdapat individu yang mengatakan bahawa hidangan yang dimakannya adalah ‘kuda laut’. Halamakk, ada ke yang makan kuda laut?

Lihat video penuh di bawah:

Reaksi dirinya membebel perbezaan kuda laut dan ambal turut menarik perhatian netizen satu Malaysia. Rata-rata netizen memberi komen positif dan geli hati dengan telatah lelaki di dalam video tersebut.

Walaupun percakapan lelaki ini menggunakan bahasa Sarawak sepenuhnya, ada juga netizen Semenanjung yang faham dengan apa yang disampaikan.

image is not available
Tangkapan layar dari Tiktok @rain_angel9kuching

Lemah kehidupan aku tengok korang. Ambal disebut kuda laut, tak pernah lagi aku tengok manusia makan kuda laut, kau sorang je makan kuda laut.”

@rain_angel9kuching

Tidak hanya itu, dalam video tersebut juga kelihatan ibu lelaki itu seperti sudah biasa dan layankan sahaja perangai anaknya.

Lihat komen netizen di bawah:

image is not available
‘Belum Pernah Lagi Orang Makan Kuda Laut’, Reaksi Lelaki Ini Buat Netizen Geli Hati

Tahukah anda, bahawa Tuktuk dan Rock n Roll bakal dibuka di Summermall? Baca lagi pautan di bawah: