Luahan Janna Nick Buat Ramai Rakan Selebriti Sebak - “Mulut Orang Memang Jahat, Tolong Kuat & Teruskan Berdoa"

6 Nov 2024 • 9:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Video pelakon Janna Nick meluahkan rasa sedih apabila menerima komen netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan turut membuatkan rakan selebriti berasa sebak.

 

Antara rakan selebriti yang meninggalkan komen adalah Nabila Razali, Lana Nodin, Siti Khadijah, Sherry Ibrahim, Datin Elvina Mohamad, Scha Alyahya, Uyaina Arshad dan ramai lagi.

Antara komen:

 

“Janna, mulut orang memang jahat. Please stay strong both of you. Dan teruskan berdoa. Nabi Zakaria yang usia sudah lanjut dan mempunyai isteri yang mandul juga terus-menerus berdoa supaya dikurniakan zuriat dan Allah kalbulkan doanya.

 

“Terus berdoa dan have a faith. Aku doakan untuk korang. Insya-Allah. Allhumma Barik. Ya Allah, semoga Janna dan Dini dikurniakan zuriat yang Engku reda indah pada waktunya. Sending you love and lots of doa,” kata Uyaina.

 

“Janna sayangku. Walaupun kita tak selalu jumpa. Tapi aku selalukan selitkan nama kawan-kawan aku dalam doa aku. Always. Semoga dipermudahkan. Semoga yang indah indah buat sahabatku ini Ya Allah.

 

“Insya-Allah. Allah makbulkan doa korang berdua satu hari nanti okay. Trust Him. Jangan dengar kata orang. Love you both. I’m here for you always okay,” tulis Nabila Razali.

“Janna… it's okay Janna, rezeki belum sampai insyaAllah soon tu. Please ignore negative comments and jangan streskan diri dengan komen banggang dan tak ada common sense. May Allah ease everything for you both,” ujar Elvina Mohammad.

 

Sebelum ini, Janna menyifatkan komen yang diberikan individu yang menuduhnya tidak boleh mengandung kerana Dini mempunyai hormon wanita lebih adalah sebagai kurang ajar.

Pelakon yang popular dengan filem Kimci Untuk Awak itu juga berkata dia dan suami sudah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan zuriat yang pertama.

 

Sekadar info, Janna dan Dini telah selamat mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.