Luahan Pembaca: Apa sebenarnya penyebab bil elektrik melambung

LocalOpinion
28 Sep 2026 • 8:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Luahan Pembaca: Apa sebenarnya penyebab bil elektrik melambung

Saudara Pengarang,

Dua tiga bulan ini kita sering mendengar rungutan orang ramai mengenai bil elektrik melambung, pelbagai teori dibuat mereka demi menjimatkan wang.

Ada yang mengatakan bil bulanan boleh dikurangkan dengan membuka penyaman udara bermula 10 malam dan tidak lebih 8 jam.

Selain itu, ada juga yang memberi tip dengan meminta orang ramai menutup penapis air dan penapis udara di rumah pada waktu malam atau ketika hendak tidur.

Namun, sebenarnya tip yang jelas perlu diberitahu dengan lebih meluas supaya penjimatan sebenarnya boleh dilakukan oleh orang ramai.

Ada juga yang sudah melakukan pelbagai tip tetap bil bulanan tidak juga turun, malah ada yang makin meningkat.

Saya berharap kempen lebih meluas boleh dilakukan oleh pihak berkenaan bagi memberi kesedaran mengenai penjimatan yang boleh dilakukan setiap isi rumah setiap hari.

Kempen ini jika dibuat dengan lebih agresif pastinya akan menjimatkan poket isi rumah dan memberi lebih kefahaman mengenai bacaan bil setiap bulan.

Ini kerana ada rungutan sebelum ini mengatakan mereka tidak faham mengenai isi kandungan bil terbaharu sekarang.

MAHU JIMAT BIL
Shah Alam

The post Luahan Pembaca: Apa sebenarnya penyebab bil elektrik melambung appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved