Umum mengetahui pasangan tunang selebriti, Watie Hanifiah dan Shuib bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 23 Jun ini.
Terbaru, Watie telah memuat naik video di akaun media sosial miliknya memaparkan dirinya meluangkan masa bersama anak bongsu Shuib, Ayash Affan.
Luang masa
Dalam video berikut, Watie dilihat membawa Ayash bersiar-siar di sebuah taman sebelum ke kafe untuk menikmati makanan bersama.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen mendoakan agar Watie menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak Shuib. Dalam pada masa yang sama, ada juga yang meminta Watie untuk tidak menduakan anak tiri dan bakal anak kandungnya.

Semoga yang baik-baik sahaja buat keluarga baru ini.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
