LUAS: Aktiviti korek pasir berlesen dikawal, elak cemar sumber air

23 Mar 2023 • 1:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 MAC: Aktiviti pengambilan dan pengorekan pasir berlesen di negeri ini dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelak berlaku pencemaran sungai.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan langkah kawalan tersebut diambil bagi memastikan syarat kebenaran bertulis yang dikeluarkan pihaknya dipatuhi manakala aktiviti dijalankan tidak memberi impak kepada sumber air.

“Aktiviti pengambilan atau pengorekkan pasir berpotensi menjejaskan alam sekitar sekiranya tidak dikawal. Ianya berpotensi untuk menyebabkan pencemaran air sungai, mengganggu kestabilan tanah (tebing sungai rebak, mendapan tanah) dan memberi gangguan kepada hidupan akuatik.

“Aktiviti pengambilan dan pengorekkan pasir ini dikawal oleh LUAS melalui Peraturan-Peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Selangor) 2013,” maklum agensi tersebut di Facebook.

image is not available
: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melaksana pemantauan dari semasa ke semasa aktiviti pengambilan dan pengorekan pasir berlesen bagi mengelak berlaku pencemaran sungai. Foto Facebok Lembaga Urus Air Selangor

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved