Lubang Benam Di Wangsa Maju Buat Ramai Bimbang [Video]

Local
12 May 2026 • 10:25 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Lubang Benam Di Wangsa Maju Buat Ramai Bimbang [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Insiden pelancong wanita warga India yang maut selepas terjatuh dan tertimbus ke dalam lubang di Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2024 lalu telah mendapat perhatian ramai sehingga ke hari ini.

Oleh disebabkan itu, orang ramai khususnya yang berada di kawasan ibu kota lebih berhati-hati dengan persekitaran sekeliling bagi mengelakkan kejadian sama daripada berlaku sekali lagi.

Namun semalam (11 Mei), tular satu insiden lubang benam di Wangsa Maju, Kuala Lumpur berhampiran sebuah pusat membeli-belah.

Baca Artikel Berkaitan: Tanah Jerlus Di Kampung Kerinchi Bukan Kerana Paip Pembetungan Awam – IWK

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Kekal Selamat, Insiden Tanah Jerlus Kes Terpencil – Nga Kor Ming

Lubang Benam Di Simpang Empat Wangsa Walk, Wangsa Maju

Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna Threads dikenali sebagai Arif Izyani, lubang benam (sinkhole) itu dipercayai berlaku di Jalan Wangsa Delima 4, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Menurut beberapa netizen lain, kejadian berlaku berdekatan dengan simpang empat Sunway Wangsa Walk.

Image from: Lubang Benam Di Wangsa Maju Buat Ramai Bimbang [Video]

Berdasarkan klip video itu, lubang tersebut kelihatan agak dalam selain mempunyai saliran air di bawah permukaan jalan. Kejadian dipercayai berlaku sekitar waktu petang semalam.

View on Threads
View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tanda Untuk Kesan Lubang Benam, Hati-hati Dengan Kawasan Persekitaran!

Tular Rakaman Pemandu Sempat Lepaskan Diri Sebelum Lubang Benam Berlaku

Selain itu, tular juga satu rakaman dahscam menunjukkan seorang pemandu kereta dipercayai berada di kawasan tersebut semasa kejadian berlaku. Menerusi video itu, kelihatan kereta yang dibawa bergegar dipercayai semasa berlakunya mendapan tanah.

Dakwa pengguna Threads dikenali sebagai Hazim, pemilik dashcam sempat melepaskan diri seminit sebelum waktu kejadian namun bahagian bumper kereta mengalami kesan calar.

View on Threads

Jalan Ditutup Demi Keselamatan Orang Awam

Menurut laporan Astro Awani, jalan tersebut telah pun ditutup bagi menjamin keselamatan lalu lintas di kawasan sekitar.

Tambah laporan sama, insiden ini membuatkan orang awam gusar memandangkan jalan tersebut merupakan lokasi tumpuan penduduk di sana. Lebih-lebih lagi terdapat pusat membeli-belah di hadapan jalan serta kondominium berdekatannya.

Memetik Kosmo, bomba memaklumkan bahawa pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Menerusi semakan kami, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga belum memberi sebarang kenyataan mengenai lubang benam itu.

Orang Ramai Bimbang Lihat Lubang Benam Yang Dalam Di Wangsa Maju

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai dilihat bimbang dengan kedalaman lubang berkenaan.

“Lubang tu sangat dalam dan bahaya. Masalah ni kena selesaikan dengan cepat,” kata seorang pengguna Threads.

“Wangsa Maju? Dah la kawasan tu banyak pangsapuri dan kondominium tinggi-tinggi. Lepas tu bawah tanah lopong,” tambah seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga mengingatkan orang awam agar sentiasa berhati-hati sekiranya berada berdekatan kawasan itu.

“Fuh bahaya ni rider makam-malam lalu situ. Hati-hati guys. Alert dengan jalan,”

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: Lubang Benam Di Wangsa Maju Buat Ramai Bimbang [Video]
Image from: Lubang Benam Di Wangsa Maju Buat Ramai Bimbang [Video]
Image from: Lubang Benam Di Wangsa Maju Buat Ramai Bimbang [Video]
Image from: Lubang Benam Di Wangsa Maju Buat Ramai Bimbang [Video]
Image from: Lubang Benam Di Wangsa Maju Buat Ramai Bimbang [Video]
Sumber: Threads
View Original Article