Lubang benam ‘telan’ perkarangan rumah Nicolas Cage

10 Sep 2026 • 1:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lubang benam ‘telan’ perkarangan rumah Nicolas Cage

LOS ANGELES: Hempasan ombak kuat yang melanda kawasan perumahan mewah Malibu di California menyebabkan pembentukan satu lubang benam bersaiz besar di laluan masuk sebuah rumah yang dilaporkan milik pelakon Amerika Syarikat (AS), Nicolas Cage.

Gambar-gambar dari udara yang dirakam oleh agensi berita AFP memaparkan runtuhan konkrit dan sisa runtuhan lain tergelincir ke dalam lubang benam berkenaan di bahagian tepi jalan hartanah tepi laut bernilai jutaan dolar itu.

Kon keselamatan diletakkan di bahagian belakang kawah runtuhan berkenaan yang kelihatan hampir menelan garaj berkembar rumah yang dilaporkan media hiburan TMZ, kepunyaan bintang filem Leaving Las Vegas itu.

Ombak yang menghempas kawasan pesisir pantai kelihatan melimpah masuk ke dalam lompang itu sebelum mengalir keluar semula di celah-celah tiang tiang sokongan rumah berkenaan.

Ahli meteorologi daripada Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Richard Thompson memberitahu AFP perairan pantai di selatan California terjejas berikutan sisa-sisa Taufan Marie.

“Terdapat ombak besar dan gelombang laut yang agak signifikan di seluruh kawasan ini sejak beberapa hari lalu.

“Pada kemuncak kejadian, ketinggian ombak mencecah antara tiga hingga 4.5 meter di sesetengah kawasan disertai dengan hakisan pantai yang teruk,” katanya.

Kejadian ombak tinggi di California ini berlaku semasa satu lagi sistem ribut, Taufan Lowell melanda Hawaii dengan angin kencang, hujan lebat dan banjir kilat, sekali gus menyebabkan bekalan elektrik terputus di sebahagian besar salah sebuah pulau di wilayah berkenaan.

Fenomena iklim El Nino yang hampir mencatat rekod terkuat kini sedang memanaskan perairan Lautan Pasifik dan menggalakkan pembentukan ribut ekstrem.-AFP

The post Lubang benam ‘telan’ perkarangan rumah Nicolas Cage appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved