Lucu! Demam Mat Kilau Sudah Melarat Ke TikTok

Music
5 Jul 2022 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkapan layar TikTok

Filem Mat Kilau terus mencipta fenomena apabila meraih jualan sebanyak RM47 juta setakat semalam sekali gus menjadikannya sebagai filem yang mencatatkan kutipan ‘pecah panggung’ terbesar di Malaysia setakat ini.

Demam Mat Kilau nampaknya tidak pernah surut walaupun sudah dua minggu ia ditayangkan di seluruh pawagam tempatan. 

Di platform TikTok, nampaknya bermacam ragam, video reaksi dan parodi  dimuat naik menunjukkan sambutan hangat yang diberikan penonton terhadap filem epik biografi ini. 

Tanda pagar #matkilau berjaya mengumpul sehingga 246 juta tontonan manakala tanda pagar #matkilauchallenge berjaya mengumpul sehingga 21.7 juta tontonan. Masing-masing memuat naik video bersilat berlatarkan lagu 'Mentera Semerah Padi' nyanyian Datuk M.Nasir.

Berikut kami senaraikan antara beberapa video yang mencuri perhatian di TikTok. 

 

Berbilang bangsa ber-Mat Kilau

Jika anda merasakan filem ini untuk bangsa Melayu sahaja, anda silap. Bangsa lain juga turut sama demam Mat Kilau siap bertengkuluk. Macam pengguna TikTok bernama Alanoptic ini.

 

Gosok baju, buka pintu pun bersilat

Masing-masing nampaknya sibuk nak bersilat walaupun semasa buat kerja rumah. Lucu! Untunglah kawan-kawan 'sempoi' nak sertai sekali #matkilauchallenge ini.

 

Photoshoot ala Mat Kilau

Tidak hanya bersilat, ada juga ibu bapa yang teringin merakamkan gambar anak mereka ala pahlawan selepas menonton cerita Mat Kilau. Contohnya macam bayi seorang ini, comel sahaja siap berkeris dan bertengkolok

Tiba-tiba bersilat

Walaupun Mat Kilau filem sejarah, ramai anak-anak muda yang turun dan tonton filem ini. Apa yang kelakarnya tiba-tiba semua macam kena rasuk bersilat sana-sini. Padu!

Ini pula waktu nak makan, masing-masing buka bunga silat. Nasib baik tak tercampak makanan.

@hazimhusen

“Kami keris yang menyilau, nama kami Mat Kilau” #pyf #matkilau #tiktokmalaysia

♬ Mentera Semerah Padi - M. Nasir

 

Cerita Melayu biasa saja?

Ini video menarik merangkumkan perasaan menonton Mat Kilau dalam satu video. Tak banyak bersuara, Cuma bersilat. 

Filem Mat Kilau masih lagi ditayangkan di pawagam. Inilah masanya untuk kita sama-sama menonton filem genre epik sejarah yang jarang sekali muncul dalam industri perfileman kita.

Mana tahu, anda pula tiba-tiba nak bersilat selepas inikan? - Getaran, 5 Julai 2022