Lucu! Penebar Cilik Minta Maaf, Roti Canai Terbang ‘Landing’ Atas Kepala Anak Customer

Entertainment
13 May 2023 • 4:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Roti canai adalah salah satu makanan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia tidak kira lapisan umur dan bangsa. Doh tepung yang diuli dan dicanai kemudian dibakar hingga ranggup mampu membuka selera apatah lagi ketika bersarapan.

Cerita pasal roti canai ni, min nak share dengan korang satu kejadian roti canai terbang. Kalau korang pernah tengok filem Senario mesti korang faham macam mana roti canai terbang ni.

Ada satu video yang tular di media sosial seorang kanak-kanak membuat aksi roti canai terbang.

Namun, secara tidak sengaja, roti itu telah jatuh ke atas kepala seorang adik kecil yang melihat aksinya. Korang boleh tengok video roti canai terbang oleh @abgmadroticanai di bawah.

@abgmadroticanai

Kan dah kena..di tiup angin,balingan tidak menentu hala tuju..berdebar hati adik terbang bila buat show roti canai terbang di pukul angin boleh tersasar arah.. #Bolehtaqatu #ADIKTERBANG #fypシ゚viral

♬ bunyi asal – Adik terbang – Adik terbang

Beradab dan bersopan

Walaupun kanak-kanak itu telah secara tidak sengaja ‘menerbangkan’ roti ke atas kepala adik kecil, reaksinya yang cepat-cepat meminta maaf itu mendapat perhatian netizen.

Bukan sahaja minta maaf kepada adik kecil tu, tapi kepada ahli keluarga juga.

image is not availableBetul, min setuju. Skill menebar roti canai ada, skill budi bahasa pun ada. Memang terbaik.

image is not availableHanya segelintir orang yang pandai buat roti canai terbang dan tak ramai yang sangat bersopan santun dan mengakui selepas buat silap. Kanak-kanak dalam video ini dah tunjuk contoh teladan yang baik untuk semua.

image is not availableBelajar dari kesilapan. Itulah pengajaran paling mahal untuk setiap orang. Mungkin lepas ni jadi lagi power, siapa tahu kan.

image is not availableKann… laju je minta maaf dan jelaskan apa yang berlaku. Memang betul tak sengaja dan mengakui kesilapan. Teruskan hidup dan jadi manusia berguna satu hari nanti ye dik.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article