
Kota Kinabalu: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Cawangan Sabah (MTUC Sabah) menggesa Kerajaan Sabah meluluskan pindaan Ordinan Buruh Sabah dalam persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang.
Setiausaha MTUC Sabah Engrit Liaw berkata MTUC Sabah menyokong gesaan Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud baru-baru ini agar pindaan Ordinan Buruh Sabah (Penggal 67) diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri agar ia selaras dengan pindaan kepada Akta Buruh 1955 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.
Beliau berkata perkara ini turut dibangkitkan oleh MTUC Sabah pada 9 Jun untuk menggesa Kerajaan Sabah menyegerakan pindaan kepada Ordinan Buruh Sabah.
“Dengan pindaan beberapa Perkara penting, pekerja di Sabah akan menikmati faedah yang sama dinikmati pekerja di semenanjung di bawah Akta Buruh 1955 yang dipinda.
SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more MTUC Sabah berkata kita telahpun memasuki penggal kedua 2023 dan pindaan itu sudah lama tertangguh. Kali terakhir ia dipinda ialah 18 tahun yang lalu pada tahun 2005.
“Ordinan Buruh Sabah sekarang tidak lagi relevan untuk pekerja di Sabah, terutama mereka yang berkeluarga. Susunan kerja yang fleksibel dan faedah lain juga penting untuk mengimbangi tanggungjawab dan kerja pada zaman moden ini,” katanya.
Sebagai tambahan kepada pindaan Ordinan Buruh Sabah, beliau berkata terdapat keperluan mendesak untuk menubuhkan Majlis Penasihat Buruh Sabah (SLAC).
“Kami berharap pindaan kepada Ordinan Buruh Sabah dan penubuhan SLAC akan diluluskan tidak lama lagi, melihat realiti keperluan semasa untuk perlindungan pekerjaan berbanding pembangunan di Sabah,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
