Sabah, Sarawak disaran pinda Ordinan Buruh

7 Jul 2023 • 2:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUCHING: Kerajaan Sabah dan Sarawak disaran meminda Ordinan Buruh Negeri masing-masing agar selaras dengan pindaan Akta Kerja 1955, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud.

Beliau berkata pindaan itu, yang hanya boleh dibuat menerusi kelulusan Dewan Undangan Negeri, akan membolehkan pekerja tempatan di kedua-dua negeri itu menikmati hak dan manfaat yang sama seperti rakyat di negeri-negeri lain.

“Bagi situasi di Sabah, mereka sudah bersetuju (untuk pinda) tapi belum dilaksanakan. Di Sarawak pula, kita telah meminta kerajaan Sarawak berbincang dan meminda,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penutupan Konvensyen Penguatkuasa Undang-Undang Perburuhan 2023 di sini, pada Khamis.

Menurutnya beliau telah berbincang dengan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala bagi mendapatkan pandangan kerajaan negeri mengenai perkara itu dan menerima maklum balas positif.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jan tahun ini yang antaranya memperuntukkan masa kerja disingkatkan daripada 48 jam kepada 45 jam, cuti paterniti ditingkatkan kepada tujuh hari dan pindaan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari.

Sementara itu, konvensyen bertemakan ‘Memperkasa Pegawai Penguatkuasa, Mendukung Aspirasi Malaysia Madani’ tersebut berlangsung selama dua hari bagi mengupas isu perburuhan dan penguatkuasaan undang-undang dalam negara serta standard perburuhan antarabangsa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.