
BEAUFORT: Wakil rakyat Lumadan, Datuk Ruslan Muharam siap sedia melalui beberapa inisiatif berhadapan sebarang kemungkinan berlaku krisis bekalan air di kawasan itu susulan fenomena El Nino ketika ini.
Beliau berkata, antara inisiatif itu termasuk menyediakan perkhidmatan penghantaran bekalan air bersih menggunakan beberapa buah lori tangki air untuk diagihkan ke semua kampung yang terjejas di kawasan ini.
“Kita pernah menggunakan kaedah ini sebelumnya semasa krisis bekalan air akibat banjir besar pada tahun 2022 lalu yang mengakibatkan loji air terdekat tidak dapat beroperasi ekoran tahap kekeruhan air yang tinggi ketika itu.

