Luna Maya Akhirnya Bakal Bernikah 7 Mei Ini

EntertainmentLifestyle
10 Apr 2025 • 11:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Luna Maya kahwin

Pelakon terkenal, Luna Maya akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati, Maxime Bouttier pada 7 Mei 2025. 

Menurut laporan mStar, berita itu disahkan selepas kad undangan perkahwinan mereka mula tersebar di media sosial.

Pasangan ini memilih Ubud, Gianyar, Bali, Indonesia sebagai lokasi untuk menyatukan cinta mereka dan ianya dilaporkan Suara.com.

Save the Date untuk pernikahan Luna dan Maxime. 7 Mei 2025 – Bali, Indonesia.

Netizen tak sabar nak tahu siapa jemputan VVIP

image is not available

Seiring tersebarnya kad undangan itu, ramai peminat mula berteka-teki siapa antara selebriti terkenal yang bakal menghadiri majlis pernikahan gilang-gemilang ini.

Bukan biasa-biasa, majlis ini dijangka meriah dengan kehadiran rakan artis dan figura ternama tanah air seberang.

Momen lamaran penuh romantik Maxime dan Luna Maya di Jepun

image is not available

Sebelum berita perkahwinan ini tular, Maxime terlebih dahulu melamar Luna Maya ketika mereka bercuti di Jepun. Detik manis itu dikongsi Luna sendiri menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam gambar yang dikongsikan, Maxime dilihat melutut dan menyarungkan cincin, sekali gus mencuri hati peminat dengan aksi romantik tersebut.

Cinta tak pandang usia

Untuk pengetahuan, hubungan cinta mereka mula dihidu peminat sekitar tahun 2023. Namun, Luna dan Maxime memilih untuk tidak terlalu terbuka mengenai hubungan mereka disebabkan perbezaan umur.

Tapi nampaknya, cinta sejati mereka akhirnya menang juga!

#ApaKataOhmedia

Cinta tak kenal usia, lokasi atau waktu. Bila dua hati dah bersatu dengan keikhlasan dan restu, perkahwinan adalah langkah terbaik. Semoga jadi inspirasi buat yang sedang menanti jodoh!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.