“Lunch Bersama Menantu Saya, Isteri Syamsul Yusof” – Ibu Mentua Puteri Sarah

14 Jul 2022 • 12:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, rumahtangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah hangat diperkatakan apabila pelakon jelita itu bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga, Ira Kazar.

Diganggu secara emosi sejak 4 tahun lalu, ahli keluarga termasuk ibu bapa mentua Puteri Sarah iaitu Datin Fatimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam tetap berada di belakang menyokongnya.

Terbaru, Datin Fatimah mencuri tumpuan pengikut apabila memuat naik foto menikmati makan tengah hari ditemani menantu kesayangannya.

Di ruangan kapsyen, Datin Fatimah memberitahu dengan jelas Puteri Sarah merupakan isteri kepada anak lelakinya, Syamsul Yusof.

image is not available

Lunch bersama menantu saya, isteri Shamsul Yusof, alhamdulillah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa seronok melihat kapsyen ibu mentua Puteri Sarah itu dan memuji Datin Fatimah kerana sangat menjaga hubungannya bersama menantu serta mendoakan ikatan keluarga mereka sentiasa akrab.

image is not available

Kredit: Instagram dpatimah012

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.