“Lupa Diri Ke..” – Dokumentari ‘Burning Sun’ Bikin Marah, Foto DOLLA Bersama Seungri Diungkit

Entertainment
21 May 2024 • 11:39 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Semakin ‘hangat’ perbualan mengenai kes ‘Burning Sun’ selepas dokumentari BBC.

Rata-rata yang menonton video tersebut terus mengecam perbuatan Seungri yang melayan wanita seperti objek selain pelbagai perbuatan salah yang dilakukan bersama Choi Jong-hoon, Joon Joon-young dan yang lain-lain.

Disebabkan itu, ramai yang meminta semua orang supaya berhenti memberikan sokongan buat lelaki tersebut terutamanya rakyat Malaysia. Bahkan DOLLA turut menerima tempias apabila gambar lama mereka bersama Seungri turut menerima kecaman di X kini.

Kata peminat, mereka berasa kecewa kerana kumpulan wanita berkenaan sanggup bergambar dengan Seungri meskipun tahu hal silamnya,

Kecewa dengan DOLLA kerana sanggup ada kaitan dengan pesalah seksual. Sanjung sangat idola sampai lupa diri tu manusia dulu dengan moral? Lelaki macam ini yang nak dibanggakan?

image is not available

Pun begitu, ramai yang ‘back up’ DOLLA dan mengatakan bahawa mereka mungkin tidak mengetahui mengenai kes ‘Burning Sun’ tersebut lantas agak keterlaluan jika mengungkit mengenai foto lama.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.