Kontroversi ‘Burning Sun’ Kembali Panas, Dolla Ditegur Bergambar Dengan Seungri Tahun Lepas

Entertainment
21 May 2024 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia hiburan Korea Selatan, pasti korang familiar dengan skandal ‘Burning Sun’ yang baru-baru ini kembali didedahkan dalam dokumentari BBC.

Bagi mereka yang tidak tahu, isu ini telah menggegarkan Korea pada 2016, yang mana beberapa selebriti terkenal seperti Seungri, Choi Jong-hoon, Joon Joon-young dan lain-lain telah ditangkap kerana skandal pelacuran dan menyebarkan pelbagai rakaman lucah tanpa kebenaran dalam satu ruang sembang.

image is not available

Sejak dari itu, ramai di kalangan netizen mengecam tindakan bekas ahli BIGBANG, Seungri yang juga tular bertindak kasar terhadap seorang wanita.

Dolla bergambar dengan Seungri?

Pun begitu, sejak dari semalam tular gambar girl group terkenal Malaysia, Dolla yang dilihat bersama bekas ahli BIGBANG tersebut pada tahun lepas di platform X.

Gambar yang dimuat naik pada 5 Disember 2023 itu memperlihatkan Seungri bersama empat orang ahli Dolla iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya ketika penyanyi itu berada di Kuala Lumpur.

image is not available

image is not available

 

Gambar itu walaupun diambil pada tahun 2023, ia telah menerima pelbagai teguran dan kecaman daripada netizen yang ternyata membenci Seungri dek kerana reputasi dan kontroversi buruk yang menimpanya.

Namun begitu, ada yang bersangka baik kemungkinan besar kumpulan ini tidak cakna mengenai skandal yang menimpa Seungri, sebelum ia menjadi lebih panas setelah pendedahan yang dibuat dokumentari BBC.

image is not available

Apa-apapun boleh jadi kumpulan Dolla tidak mengetahui isu skandal yang menimpa Seungri. Oleh itu, kita janganlah cepat menilai dan tunggu penjelasan rasmi daripada Dolla sendiri.

Sumber: X, Portal

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.