Lupuskan Kereta Lama Melebihi 20 Tahun, Pemilik Terima Geran Padanan RM4,000

LocalCars
11 Oct 2025 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan menyediakan geran padanan sehingga RM4,000 bagi menggalakkan pemilik melupuskan kenderaan lama melebihi 20 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara kerajaan dengan syarikat pengeluar kenderaan nasional seperti Proton Holdings Bhd (PROTON) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).

"Ia adalah seusaha menyokong keselamatan jalan raya, kelestarian alam sekitar serta merancakkan semula pasaran automotif tempatan.

"Kereta melebihi 20 tahun yang tidak ekonomik berisiko menjejaskan keselamatan. Kerajaan bersama syarikat pengeluar kenderaan nasional menyediakan geran padanan sehingga RM4,000 untuk menggalakkan pemilik melupus kenderaan lama dan membeli kenderaan nasional baharu.," katanya. ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, semalam.

image is not available

Malaysia kini dianggarkan mempunyai lebih 3 juta kenderaan berusia lebih 15 tahun di atas jalan, termasuk lebih 1 juta unit yang melebihi 20 tahun.

Sebahagian besar kenderaan ini mempunyai tahap pelepasan karbon tinggi serta tidak memenuhi piawaian keselamatan moden seperti Electronic Stability Control (ESC) dan sistem Advanced Driver Assistance (ADAS).