
Kerajaan Sedia Geran Padanan Hingga RM4,000, Galak Lupus Kereta Lama
KUALA LUMPUR — Kerajaan bersama syarikat pengeluar kenderaan nasional menyediakan geran padanan sehingga RM4,000 kepada pemilik yang melupuskan kereta berusia lebih 20 tahun dan membeli kenderaan nasional baharu.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah ini bagi mengurangkan risiko keselamatan di jalan raya termasuk merancakkan pasaran automotif tempatan.
“Kereta melebihi 20 tahun yang tidak ekonomik berisiko menjejaskan keselamatan.
“Kerajaan bersama syarikat pengeluar kenderaan nasional menyediakan geran padanan sehingga 4,000 ringgit untuk menggalakkan pemilik melupus kenderaan lama dan membeli kenderaan nasional baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat di sini hari ini.
Sumber: Teks Belanjawan 2026
The post Kerajaan Sedia Geran Padanan Hingga RM4,000, Galak Lupus Kereta Lama appeared first on Siakap Keli.




