Luqman Faiz bengang diganggu lelaki songsang, tak halalkan video gym jadi ‘bahan’

EntertainmentOpinion
7 Nov 2024 • 6:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi, Luqman Faiz bengang diganggu lelaki songsang apabila kerap menerima gambar dan video tidak senonoh daripada mereka yang menganggap dia juga tergolong dalam komuniti tersebut.

Menerusi perkongsian yang dibuat Luqman Faiz bengang dan meluahnya di TikTok dengan meminta supaya golongan tersebut berhenti melakukan tindakan sebegitu kerana dia masih lagi bernafsu wajar dan tidak terpesong daripada hakikat sebagai seorang lelaki.

@luqmnnfaiz

Tolong lah lalu kat setiap #fyp individu komuniti belah sana

♬ original sound - Luqman Faiz - Luqman Faiz

Luqman Faiz bengang gambarnya jadi perbualan komuniti tersebut

Dia menegaskan bahawa dirinya normal dan tidak terpesong seperti komuniti tersebut serta meminta mereka berhenti berkongsi gambar atau video sewaktu dirinya berada di gym untuk menjadi ‘bahan’ dalam kalangan mereka.

“Okey gais, aku straight gais. Korang yang ada kongsi gambar aku dekat gym, video aku dekat gym aku tak halalkan

“Korang boleh dengan komuniti korang, korang boleh mengorat sesama korang tapi aku tak akan bersama dalam kalangan tersebut,” katanya.

image is not available

Luqman Faiz bengang dapat DM gambar2 tak senonoh

Penyanyi tersebut meminta supaya golongan songsang berkenaan berhenti menganggunya dengan menghantar gambar-gambar tidak sepatutnya di direct message (DM) dan meninggalkan komen mengarut di aplikasi X.

“Tolong jangan kacau aku. Ada yang DM gambar entah apa-apa, yang dekat X komen entah apa-apa

“Aku straight! Mak aku lahirkan aku elok,” ujarnya menahan kemarahan.

image is not available

Tapi ada pula yang perli2 keluhan Luqman Faiz

Perkongsian yang dibuat pelantun lagu Kepuraanmu itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial.

Walaupun ada diantara mereka memperlekehkan kemarahan penyanyi itu, namun kebanyakkan mereka merasai tindakan menganggu orang lain dengan menganggap dia sebahagian dari komuniti tersebut sangat tidak wajar.

image is not available

 

Kena tuduh songsang pulak

image is not available

Ada yang nasihat supaya diam sahaja

image is not available

Lagi banyak buka mulut lagi ramai yang kata bukan2

image is not available

Sekadar info, penyanyi lelaki tersebut mencipta nama selepas lagu Kepuraanmu menjadi siulan sekitar tahun 2018.

Dia yang sebelum ini dilihat memperlahankan kerjaya seni memaklumkan sedang sibuk memberi fokus kepada pelajaran di universiti.

Sumber: TikTok luqmanfaiz