“Saya Berada Di Lobi Hotel Mekah, 5 Minit Dari Kaabah” – Influencer Terkejut Ditawar Buat Benda Tak Senonoh

LocalEntertainment
25 Oct 2024 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
mekah

Tular di media sosial perkongsian video seorang influencer bernama Zhiddin Aziz yang diganggu ketika berada di Mekah.

Dalam rakaman itu, Zhiddin dilihat sedang duduk di lobi hotel sebelum didekati seorang lelaki. Lelaki berkenaan menegurnya dan bertanya adakah dia berseorangan.

Diganggu ketika duduk di lobi hotel

Kata Zhiddin, dia menginap bersama ibunya namun ibunya masih belum pulang. Tiba-tiba lelaki berkenaan ‘cuba nasib’ mengajak Zhiddin untuk naik ke bilik.

Anak kepada arwah Aziz Desa, Zhiddin kemudian bertanya sama ada lelaki berkenaan mahu melakukan perkara tidak senonoh.

“Walau di mana berada, dosa itu tetap ada”

image is not available

Lelaki itu jujur menjawab ‘ya’ dan Zhiddin dengan tegas menolak menyatakan dia tidak mahu berada dalam golongan dimurkai Allah SWT.

Malah, Zhiddin meminta lelaki berkenaan supaya beredar dan tidak mengganggunya.

Pempengaruh ini menjelaskan hotel tempatnya menginap hanya lima minit berjalan kaki ke Kaabah namun, masih ada orang berperangai begini.

Perkongsiannya ini mendapat perhatian ramai dan netizen memuji tindakan Zhiddin yang berani serta tegas dalam menjaga maruah diri dan agama.

#OhmediaNasihat

Kisah Zhiddin ini menjadi peringatan buat kita semua, terutamanya ketika berada di tempat suci seperti Mekah. Walaupun berada di tempat yang kita anggap selamat, kita tetap perlu berhati-hati dengan orang sekeliling.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Zhiddin Aziz