Luqman kosongkan jawatan Ketua Penerangan Muda

Politics
19 Aug 2023 • 6:58 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Luqman Long mengumumkan meletak jawatan Ketua Penerangan Muda, pada mesyuarat parti itu semalam.

Dalam ciapan di Twitternya, Luqman berkata ia selaras dengan ikrarnya sendiri untuk mengosongkan jawatan tersebut jika hilang deposit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

“Terima kasih MUDA. Saya telah mengosongkan jawatan Ketua Penerangan Muda pada mesyuarat parti semalam. Ini selaras dengan ikrar saya sendiri. Penerangan Muda adalah biro yang paling rencam dan aktif, menguruskan 3 siri pilihan raya dan urus tadbir yang disokong misi raih dana,’’ katanya.

Pada PRN lalu, Luqman yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar hilang deposit selepas hanya meraih 372 undi, sementara Ahmad Shah Muhamed dari Perikatan Nasional (PN) memperoleh 8,438 undi manakala Armi Irzan Mohd (Barisan Nasional) mendapat 6,074 undi. – 19 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved