Serena Goh letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Dolphin atas alasan peribadi

Business & Finance
17 Aug 2023 • 3:39 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Serena Goh letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Dolphin atas alasan peribadi

diyana

17/08/2023 - 15:39

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Ketua Pegawai Eksekutif Dolphin International Bhd, Serena Goh telah meletak jawatan berkuat kuasa semalam atas alasan peribadi, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Serena, 45, dilantik untuk menerajui syarikat pengeluar jentera minyak sawit itu pada 9 November 2020.

image is not available
Serena Goh

Sementara itu, Dolphin turut mengumumkan pelantikan Yeo Boon Thai, 41, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu kumpulan itu.

Boon Thai, yang sebelum ini merupakan Pengarah Eksekutif kumpulan itu, ialah adik kepada Yeo Boon Ho dan Yeo Boon Leong, masing-masing pengarah dan pemegang saham utama Dolphin.

“Beliau mempunyai pengalama lebih 10 tahun dalam mengetuai pasukan jualan dan kakitangan perkhidmatan berbilang etnik dalam industri pembaikan rumah dan pembinaan, serta terlibat dalam pembangunan dan pengurusan perniagaan,” kata Dolphin.

Boon Thai telah memulakan kerjayanya sebagai penyelaras projek di Singtel Optus di Sydney pada tahun 2004 dan kemudian menjadi penganalisis perniagaan di Commonwealth Bank of Australia, Sydney.

Pada Januari 2010, beliau menyertai Dian Be Hardware Co Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan.

Pada waktu penulisan, saham Dolphin tidak berubah pada 1.5 sen, menilai kumpulan itu pada RM20 juta. - DagangNews.com