Luruan monsun: Hujan lebat berterusan mulai Rabu

LocalEnvironment
12 Jan 2025 • 6:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak mulai Rabu ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak, bermula Rabu ini hingga 18 Januari.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, ia berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial MetMalaysia, beliau menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Setakat petang ini, Johor dan Perak menjadi dua negeri yang masih dilanda banjir dengan masing-masing merekodkan 3,779 dan 31 mangsa. - Bernama