Kemaman dilanda banjir

12 Jan 2025 • 8:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kemaman kembali dilanda banjir. Foto fail Bernama

KEMAMAN - Hujan lebat berterusan sejak Jumaat menyebabkan kawasan di Kemaman dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah tersebut.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 16 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Geliga Pantai.

PPS tersebut diaktifkan bermula jam 9 malam Sabtu bagi menempatkan kesemua mangsa yang terjejas.

Difahamkan, pasukan penyelamat antaranya Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berusaha membantu memindahkan mangsa banjir ke lokasi selamat.

Sehingga jam 8 pagi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu merekodkan sebuah sungai di paras bahaya iaitu daerah Besut melibatkan Sungai Besut di Jambatan Keruak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved