LUSH Malaysia, jenama kosmetik segar buatan tangan yang menjadi kegemaran pencinta kecantikan, kini memperkenalkan rangkaian Snow Fairy pertamanya di Sunway Pyramid.
Kempen istimewa yang berlangsung selama dua bulan ini bermula dari 25 November lalu hingga 26 Januari 2026, dan menampilkan koleksi Snow Fairy edisi terhad yang sinonim dengan sambutan Krismas.
Dikenali dengan aroma manis bak gula-gula kapas dan gula-gula getah, Snow Fairy kembali menyerikan musim perayaan dengan sentuhan rona merah jambu yang ceria dan penuh fantasi.
Pengunjung dapat menikmati peragaan lengkap rangkaian popular ini, termasuk semburan badan, gel mandian, sabun, bom mandian, syampu dan banyak lagi produk berinspirasikan keajaiban musim dingin.

Menambah kemeriahan, LUSH turut menyediakan dinding foto bertema Snow Fairy, ruang sempurna untuk merakam momen indah bersama rakan dan keluarga.
“Koleksi Snow Fairy merupakan salah satu pelancaran yang paling dinanti-nantikan saban tahun di LUSH,.
“Snow Fairy mewakili kegembiraan, kreativiti dan ekspresi diri iaitu nilai yang menjadi nadi LUSH. Melaluinya, kami berkongsi semangat mencipta produk yang bermanfaat untuk manusia, haiwan dan planet ini, tanpa mengorbankan unsur keseronokan atau inovasi,” ujar Pengarah LUSH Malaysia, Dr Harvinder Harchand.
Haruman serta warna ikonik Snow Fairy menyerlahkan komitmen LUSH terhadap bahan berkualiti tinggi yang diperoleh secara beretika.
Setiap produk dihasilkan secara segar dan buatan tangan, sambil mengekalkan janji jenama untuk kekal bebas daripada ujian atau sumber haiwan (cruelty-free).
LUSH turut mengetengahkan pilihan produk tanpa bungkusan (naked) sebagai usaha mengurangkan pembaziran dan memelihara alam sekitar.
Lebih daripada sekadar rangkaian produk, Snow Fairy dicipta sebagai pengalaman komuniti, mengundang pengunjung untuk menikmati kembali aroma bermusim yang nostalgik ini dengan cara yang lebih bermakna.
Saksikan sendiri keajaibannya, sambil menikmati suasana penuh fantasi di ruang pameran sepanjang tempoh kempen.
Untuk maklumat lanjut mengenai LUSH, nilai jenama dan inisiatif beretikanya, layari https://lush.my. - Getaran, 3 Disember 2025
