LZS hulur bakul makanan bantu keluarga asnaf, edar 400 bubur lambuk di Hulu Selangor

3 Apr 2023 • 10:58 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 3 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni dan menghulurkan sumbangan bakul makanan dan juadah berbuka kepada beberapa keluarga asnaf di daerah Hulu Selangor semalam.

Agensi itu menjelaskan rata-rata keluarga asnaf yang diziarahi sudah menerima bantuan kewangan dan makanan bulanan, bantuan pendidikan, perubatan dan terbaharu bantuan hari raya.

“Kami hadir dengan membawa sedikit sumbangan kotak makanan dan juadah berbuka.

“Aktiviti ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara LZS dan pihak surau serta agensi yang berhampiran,” maklumnya di Facebook.

image is not available
Petugas Operasi Agihan LZS Daerah Hulu Selangor mengedarkan bubur lambuk kepada agensi kerajaan sekitar Hulu Selangor pada 2 April 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor

Menerusi program sama, LZS turut mengedarkan kira-kira 400 pek bubur lambuk kepada surau dalam kariah Masjid Bandar Utama Batang Kali dan beberapa agensi di daerah itu.

“Terima kasih kepada pengeluar zakat di LZS, kerana zakat anda, keperluan asnaf dapat dipenuhi dan mengimarahkan surau-surau sepanjang Ramadan,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved