M Daud Kilau meninggal dunia

18 Dec 2023 • 6:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

IPOH: Bintang legenda, Datuk M Daud Kilau, 85, meninggal dunia di Hospital Teluk Intan kira-kira pukul 4.40 petang hari ini.

Pemergian Raja Gelek Malaysia itu disahkan oleh cucu Allahyarham, Hasnor Ikram melalui laman sosial Instagram.

"Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar sahaja tadi. Al-Fatihah," katanya ringkas menerusi 'Insta Story' melalui akaun peribadinya.

Penyanyi lagu malar segar “Che Mek Molek” itu sebelum ini berdepan masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang selain keadaan jantung yang tidak stabil serta kurang pendengaran.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balah Baroh, Bagan Datuk selepas zuhur esok.