M Nasir Mahu Budayakan Konsert Raya

14 Apr 2025 • 12:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Maestro muzik, Datuk M Nasir berharap konsert mega sempena hari raya perlu menjadi budaya di Malaysia. 

M.Nasir atau Mohamad Nasir Mohamed Sam, 67, berkata demikian ketika Konsert Datuk M N46IR Cipta Raya di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad.

"Okey rasanya kalau kita kongsikan banyak lagu nostalgia macam malam ini. Konsert ini sangat istimewa.

"Saya harap konsert seperti ini dijadikan budaya. Setiap hari raya akan ada konsert besar. Kalau boleh konsert saya,” katanya berseloroh.

Konsert Datuk M. N46IR Cipta Raya yang dibawakan oleh Icon Entertainment menyaksikan M Nasir mendendangkan lagu raya ciptaannya dan menjadi kegemaran sepanjang masa.

Ini termasuklah lagi ciptaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Suara Takbir dan Selamat Hari Raya, Puan Sri Saloma.

Penerima Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu juga turut milik penyanyi Indonesia, Allahyarham Oslan Husein berjudul Selamat Hari Lebaran.

Selain lagu raya, M Nasir turut mendendangkan lagu hitnya termasuk Suatu Masa, Ada dan Apokalips.

image is not available

Bukan itu sahaja, penganjur membuat kejutan menyelitkan duit raya di bawah kerusi pengunjung yang rata-ratanya bernilai RM5, RM10 dan RM20.

Terdahulu, sebelum konsert bermula, pengunjung juga disajikan dengan hidangan juadah raya seperti lemang, rendang, sate dan kuih raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved