M’sia mara ke suku akhir badminton berpasukan campuran

30 Jul 2022 • 8:57 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BIRMINGHAM: Malaysia melangkah ke suku akhir acara badminton berpasukan campuran selepas menewaskan Jamaica 5-0 dalam saingan Kumpulan D temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini.

Dalam perlawanan berlangsung di National Exhibition Centre hari ini, beregu campuran Chan Peng Soon-Cheah Yee See menyumbang mata pertama selepas menewaskan Joel Angus-Katherine Wynter 21-5, 21-12 diikuti perseorangan negara Ng Tze Yong mengalahkan Samuel Ricketts 21-12, 21-16.

Pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei meneruskan rentak cemerlang negara apabila mengecewakan Thalia Richardson 21-2, 21-5 untuk mata ketiga.

Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula melebarkan jurang mata apabila menewaskan gandingan Angus-Ricketts 21-7, 21-11 manakala beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah menewaskan Richardson-Wynter 21-8, 21-2 untuk melengkapkan kemenangan skuad badminton negara.

Malaysia yang mengecewakan Zambia 5-0, akan berdepan Afrika Selatan bagi melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan, esok.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved