M’sia tidak mampu untuk tarik diri daripada CPTPP: MCMTC

LocalBusiness & Finance
4 Dec 2022 • 1:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mampu untuk menarik diri daripada Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) berikutan perjanjian itu penting untuk perdagangan negara pada masa depan.

Menurut Syarikat Pertengahan Konsortium Malaysia (MCMTC), bukan seperti perjanjian perdagangan lain, CPTTP bukan sahaja membuka perdagangan tetapi turut membawa bantuan teknikal dan pemindahan teknologi/pengetahuan, yang penting untuk pembinaan kapasiti bagi perniagaan tempatan.

“MCMTC bersama dengan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menentang gesaan daripada pihak tertentu yang menggesa kerajaan menarik diri daripada CPTPP yang telah lama ditunggu, yang berkuat kuasa mulai 29 Nov 2022,” kata Presiden Callum Chen dalam kenyataan hari ini.

Katanya kelewatan dalam meratifikasi telah menyebabkan Malaysia kehilangan kelebihan dari segi pelaburan langsung asing (FDI), apabila Vietnam, yang telah menandatangani lebih awal pada Januari 2019, telah menjadi batu loncatan kepada Kanada ke pasaran ASEAN melalui CPTPP.

“Banyak telah diperkatakan mengenai kos berbanding faedah CPTPP. Malaysia adalah sebuah negara yang kecil dari segi jumlah penduduk dan keluasan tanah tetapi dari segi perdagangan, kita berada di kedudukan ke-25 di dunia.

“Kita telah menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global,” katanya.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved