Triumph Sedang Membangunkan Motosikal Elektrik Pertama Mereka

19 May 2019 • 8:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tesla menunjukkan terdapat pasaran untuk kenderaan elektrik. Dengan kepekatan gas karbon dioksida kini di tahap paling tinggi dalam sejarah manusia, penggunaan kenderaan bahan api fosil harus dikurangkan dengan kadar segera. Minggu lalu Triumph pula mengumumkan mereka sedang membangunkan motosikal elektrik pertama sejak penubuhan mereka pada tahun 1885.

Motosikal TE-1 akan menggunakan motor elektrik keluaran Integral Powertrain. bateri oleh Williams Advance Engineering dan kajian oleh University of Warwick. Triumph Engineering pula bertanggungjawab menghasilkan rekaan motosikal itu sendiri. Dengan pengumuman projek ini, Triumph mengikut langkah pesaing mereka Harley Davidson dan Ducati. Harley Davidson melancarkan motosikal elektrik pertama mereka Livewire akhir tahun lalu selepas menjalani proses pembangunan selama tiga tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved