Kaca Mata Huawei Boleh Didapati Bermula 15 November Ini – Berharga RM1599

TechnologyDigital
7 Nov 2019 • 12:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei baru-baru ini telah bekerjasama dengan pihak Gentle Monster untuk hadir dengan sebuah penawaran kaca mata pintar. Kaca mata ini hadir dengan sokongan fon telinga terbina – sekaligus memberikan alternatif kepada pemakaian fon telinga.

image is not available

Pada masa yang sama, ia juga turut hadir dengan sokongan pintar seperti mengakses pembantu maya digital dan sebagainya. Versi di Malaysia hadir dengan lensa berwarna hitam dan tidak boleh digantikan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan ia bermula 15 November ini pada harga RM1599. Bersama-sama dengannya juga, Huawei akan mula menawarkan Huawei Freebuds 3 – iaitu fon telinga nirwayar mereka pada harga RM729.