Harga Siri OnePlus 8 Tertiris – Versi Pro Mencapai Lebih RM4800

TechnologyDigital
9 Apr 2020 • 6:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus mencipta nama dengan menjual pembunuh peranti mercu OnePlus One pada harga mampu milik. Namun, semakin naik nama OnePlus ini dan semakin berkembang teknologi – OnePlus tidak lagi menjual peranti mereka pada harga yang “murah”. 14 April ini, mereka akan melancarkan siri OnePlus 8 yang akan dijana cip Snapdragon 865, sokongan 5G, skrin sehingga kadar segar semula 120Hz, IP68 dan pengecasan pantas nirwayar. Berapa pula harga jualan kelak?

image is not available

WinFuture baru-baru ini telah memperoleh harga jualan OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro dari penjual di Czech. Harga jualan inipasri akan membuatkan anda terkejut dan poket anda pasti rabak. Berikut adalah harganya:

  • OnePlus 8
    • 8/128 GB: €719 /€729, sekitar RM3395 – RM3342
    • 12/256 GB: €819/€829, sekitar RM3867 – RM3914
  • OnePlus 8 Pro
    • 8/128 GB: €919 /€929, sekitar RM4339 – RM4386
    • 12/256 GB: €1009/€1019, sekitar RM4764 – RM4811

OnePlus 8 Pro akan ditawarkan dalam warna Onyx Black, Glacial Green dan Ultramarine Blue. OnePlus 8 turut akan ada warna sama, cuma tiada warna biru – sebaliknya digantikan dengan Interstellar Glow.

image is not available

Harga jualan mahal ini sepatutnya bukan perkara yang mengejutkan. Malah, OnePlus pernah mengatakan yang peranti 5G mereka akan dijual pada harga yang lebih mahal sejak tahun 2018 lagi. Antara faktor utama adalah cip Snapdragon 865 yang dipakejkan sekali dengan cip 5G oleh Qualcomm. Tidak lupa juga skrin yang digunakan adalah mencapai 120Hz dan ditabalkan oleh DisplayMate sebagai telefon pintar dengan skrin tercantik.

Harga di atas adalah dalam mata wang eropah. Tetapi tidak dinafikan yang jualan di Malaysia kelak turut akan mahal, kerana di pasaran tempatan jualan OnePlus adalah bergantung kepada pengedar dan bukan OnePlus sendiri. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.