Siri OnePlus 8 Menggunakan Teknologi MEMC Pada Skrin – Video 24/30 FPS Boleh Dimainkan Pada 60/120 FPS

TechnologyDigital
3 Apr 2020 • 4:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
OnePlus telah pun mengesahkan yang peranti mereka akan datang, iaitu siri OnePlus 8 akan menggunakan skrin 120Hz. Berdasarkan spesifikasi yang tertiris, 120Hz adalah terhad kepada OnePlus 8 Pro dan OnePlus 8 akan menggunakan 90Hz sahaja. 13 Januari lalu, OnePlus telah mengadakan acara khas untuk bercakap mengenai teknologi skrin peranti mereka. Siri OnePlus 8 turut akan menggunakan teknologi Motion Estimation, Motion Compensation (MEMC) untuk skrin mereka.

MEMC adalah satu teknologi yang boleh mengubah format video dari 24/30 FPS kepada 60/120 FPS. Pada peranti siri OnePlus 8, teknologi ini hanya berfungsi melalui satu cip khas yang terbina. Secara tidak langsung, video-video yang dimainkan pada peranti ini akan dilihat lebih lancar berbanding biasa. Tetapi, teknologi ini terhad kepada aplikasi-aplikasi terpilih sahaja. OnePlus baru-baru ini telah mengesahkan beberapa aplikasi popular akan menyokong teknologi ini. Antaranya adalah VLC, YouTube, MX Player, Netflix, Prime Video, Hotstar dan aplikasi galeri mereka sendiri.

Malam tadi, siri OnePlus 8 telah ditabalkan oleh DisplayMate sebagai telefon pintar dengan skrin terbaik. DisplayMate katakan yang peranti-peranti ini menerima skor A+ tertinggi dan skor 10+ untuk prestasi dengan warna yang jitu dan sukar untuk bezakan dengan kesempurnaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved