“Maaf atas kesilapan kawan saya” – Pengantin Tak Ambil Hati Isu Dapat Hadiah Kondom

Entertainment
20 Jun 2022 • 11:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kira-kira lewat petang Sabtu lepas, viral satu video menunjukkan sekumpulan lelaki buat ‘prank’ sahabat mereka ketika di majlis persandingan.

Ia mengundang kecaman hebat netizen kerana pemberian kondom itu diberikan di khalayak ramai sehingga ada warganet menyatakan bahawa pengantin perempuan dilihat seperti tidak selesa.

Bagi netizen ia dianggap sebagai satu ‘lawak tak kena tempat’. Susulan itu, pengantin lelaki tersebut ada tampil bagi respon mengenai isu ini.

 

“Saya tak ambil hati pun.”

Ketika ditemubual olah mStar Online, pengantin lelaki yang lebih dikenali sebagai Pokbey memohon maaf kepada orang ramai bagi pihak rakan-rakannya itu.

image is not available

“Saya sebagai pengantin memohon maaf ke atas video ini. Saya pun ingin memohon maaf atas kesilapan kawan saya, tidak tahu sampai viral satu Malaysia.”

Kata pemuda 23 tahun yang bekerja sebagai jurukimpal itu lagi, rakan-rakannya rasa bersalah kerana gurauan sebegitu dan dia menjelaskan bahawa dia tidak ambil hati dengan cara rakan-rakan mereka itu ‘sakat’ mereka.

@pokbeyyy_01

mohon sbr kwan ini dunia bkn syurga image is not available#fypシ @mummykin 02 @Kery Fikry II @Bobby @Rahimi Rahim @aidilaiman763 @faiz_daytona @AriFxl03_

♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays

“Saya tak ambil hati pun, biarlah perkara itu nampak tidak hormat. Mereka sahabat-sahabat saya. Saya tak boleh huraikan, apa yang saya boleh cakap, ia perkara yang saya tak boleh lupakan dalam hidup.”

Menurut Pokbey, video itu telah dirakam oleh salah seorang rakannya ketika majlis persandingan belah lelaki di Tawang, Bachok, Kelantan, 6 Jun lalu. Kini, dilihat video tersebut telah pun dipadamkan di profil asal laman TikTok tersebut.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article