'Maaf daddy terpaksa kerja, tapi selalu bangga dengan awak.' Fattah Amin dedah punca tidak dapat hadir persembahan Fatima

EntertainmentFamily & Parenting
8 Jul 2025 • 2:27 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

 

PELAKON popular, Fattah Amin menjadi perhatian ramai selepas kelibatnya tidak kelihatan pada majlis persembahan tarian tradisi anak perempuannya, Nur Fatima Aisya baru-baru ini.

Ketiadaannya pada acara penting Fatima itu dipersoalkan warganet sementelah bekas isterinya yang juga aktres dan usahawan, Nur Fazura, memuat naik video di sekitar acara sekolah anak mereka di media sosial tanpa kehadiran aktor tersebut.

Menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, Fattah memaklumkan terpaksa bekerja dan tidak dapat menghadiri acara berkenaan.

image is not available

Pemilik nama Abdul Fattah Bin Mohd Amin itu tampil memohon maaf kepada Fatima dan menitipkan rasa bangga terhadap puteri tunggalnya.

“Daddy harap saya ada bersama awak, baby. Minta maaf, daddy terpaksa kerja.

"Tapi ingatlah selalu daddy sentiasa bangga dengan awak. Daddy sayang Fatima,”katanya.

image is not available

Difahamkan, aktor bekenaan berada di Auckland, New Zealand untuk menjalani penggambaran drama bersiri.

Sekadar info, Fatima yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020.

Fattah dan Fazura melangsungkan perkahwinan pada 27 November 2017, namun mereka secara rasmi bercerai pada 4 November tahun lalu.

Terdahulu, Fattah yang bersetuju memberikan hak penjagaan Fatima kepada bekas isterinya.

 

Demikian menurut pelakon terkenal Fattah Amin ketika diminta berkongsi pandangan mengenai segelintir lelaki yang cepat 'move on' selepas melalui fasa penceraian.

" />