Minta Maaf Pada Anak Sebab Tak Hadir Acara Sekolah, Netizen Perli Fattah Amin – “Nampaknya Rakan Sekerja Lebih Beruntung”

LocalEntertainment
8 Jul 2025 • 11:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui Instagram Story, aktor, Fattah Amin, dapat dilihat dia memohon maaf kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya susulan tidak dapat menghadirkan diri untuk melihat persembahan tarian tradisi sempena hari kebudayaan yang diadakan di sekolah.

Minta maaf tak dapat hadir tengok persembahan anak di sekolah

Menurut Fattah, dia berharap sangat dapat melihat persembahan anaknya tetapi kini dirinya mempunyai penggambaran di New Zealand untuk drama baru.

Daddy harap daddy boleh berada di sana untuk kamu, sayang. Daddy minta maaf..

image is not available

Biarpun tidak dapat hadir ke acara sekolah Fatima, pelakon terbabit tidak lupa untuk meluahkan rasa bangga terhadap anaknya kerana berani berdiri di atas pentas untuk membuat persembahan.

“Sekarang ni ‘rakan sekerja’ nombor 1, anak nombor 2..”

Berasa tidak puas hati dengan tindakan Fattah Amin, terdapat sesetengah netizen memerli tindakan pelakon berkenaan dan mengungkit hal sebelum ini yang turut mengaitkan nama penyanyi, Amira Othman.

image is not available

image is not available 2 weeks ago

"Fatima Ke Post Ni? Kenapa Daddy Video Call Tak Angkat" - Anak Merayu Fattah Amin Bawa Pergi Disneyland